Thursday, April 8, 2010

Tiada Lagi Puisi Malam


Tiada lagi puisi ditengah malam
Malam waktu untuk tidur
dan pagi bangun untuk menonton bola.

Tiada lagi puisi untuk malam
Malam mwaktu untuk bermimpi
dan dalam gelap
jalan tak terarah

Tiada lagi puisi untuk malam
Pokok cantik ditepi tingkap sudah dipotong MBSA
Tiada lagi bayang yang melambai
Waktu sunyi aku menjengukkan kepala

Tiada lagi puisi untuk malam
Radio aku jauh letaknya
Tiada lagi dj malam
dan ksiah-kisah melodic yang menyayat hati.

Tiada lagi puisi untuk malam
malam waktu untuk tidur.
tanpa ada perasaan.