Masa adalah ruang diantara kata-kata
yang dihamburkan pada makna
walau kau tak faham apa maksudnya
Tapi aku bercakap juga, kadang-kadang
Walau banyaknya aku hanya berdiam
Mungkin kerana aku penat
dan tak tahu menyusun ayat
Selalunya aku hanya mengangguk, dalam memberi makna
Atau menggeleng bila tak suka
tapi ada juga masa-masanya aku bertutur untuk membuat kau ketawa
Dan menyampaikan berita kecewa
sebagai contohnya, "Hari ini cuaca baik. Petang tak hujan" Kataku.
dan kau akan tersenyum mengiyakannya
Bahasa itu mudah faham kalau kau diluar padang.