Thursday, March 10, 2011

Kambing Hitam


KAMBING HITAM


Mereka kata mereka memerlukan seekor kambing hitam
sebagai korban
Untuk dipersalahkan
pada kerja-kerja yang kau tinggalkan
Menjadi mangsa
Buaya rakus
Manusia dayus yang tak mahu mati-mati

Aku ada disini, kataku
Kejarlah aku kalau kau mampu berlari
Tapai itu hanya filosofi
Omong-omong kosong
dan bukannya realiti

yang sebetulnya kalau kau mengerti aku memerlukan gaji itu
Gaji yang sekangkang kera itu
Untuk hidup
Cuma untuk terus hidup
manusia hipokrit yang mencari sesuap nasi

Kalaulah aku dapat terus berdiri
Akulah kambing hitam yang kau cari
sembelihlah aku
Aku tak lari.


2002

Thursday, November 25, 2010

Christina Rossetti's

Who has seen the wind?
Neither I nor you,
But when the leaves hang trembling,
The wind is passing thro'

Who has seen the wind?
Neither you nor I;
But when the tress bow down their heads,
The wind is passing by

Sunday, November 21, 2010

Dibawah Pokok

Aku duduk dibawah pokok.
masa terhenti.
Tapi pokok masih begoyang ditiup angin.

Tuesday, November 9, 2010


Dalam masa yang singkat ini kita buai kaki pada tapah yang merekah itu.
Kita buai laju-laju
Biar berhayun kita dicelah bumi yang merdeka
Kitabuai laju laju
Biar graviti itu menolak kita keatas
Kita buai laju laju
biar rumput itu menjalar pada tubuh kita dan kita kaku ibarat patung pada hari Pembalasan
Kita buai laju laju
Biar berlipat-lipat badan kita dan rentung dimakan akar
Kita buai laju laju
Sampai tanah yang kita pijak itu tidak lagi melekat pada bumi.

Monday, October 4, 2010

Manusia Yang Lapar




Manusia yang lapar
tetapi terlalu malas untuk mengeluarkan dompet dalam kocek
Dan mengeluarkan note sepuluh ringgit
untuk nasi campur itu
adalah aku.

Selalu sangat aku membuka dompet dan mengeluarkan duit
pada bakinya yang aku sangsi

Lalu aku terus duduk dalam bilik
Kesejukan dalam aircond
Berasa cemburu pada mereka yang tengah makan
dan ada duit dalam dompet.

Okt 2010

Thursday, September 16, 2010


Tanpa Tajuk

Dimana kita sekarang ketika jalan itu sudah kepenghujungnya
patutkah aku mulakan langkah ini kedaerah baru?
Atau berhenti saja disini
dan menyerah kalah pada angin

Dan duduk bersandar dibawah pokok rendang itu menanti posmen tiba.

Jalan ini makin sempit
Dan daunan lebat dari pokok tinggi itu semakin jauh.
Ada yang memrajuk kekiri
dan ada yang merajuk kekanan
ruang untuk aku berpijak penuh dengan tanah selut yang tak boleh dimakan abunya.
Jika aku bakar ia, hari akan jadi lebih panas.

dan payung itu dicipta untuk muat-muat seorang manusia.

Kehidupan yang indah
Ku pandang dangkal.

Terlalu lama aku mendongak menanti hari hujan
Sehingga aku lupa kakiku dimakan anai-anai.

17 Sept 2010

Friday, August 20, 2010


Di pasir yang merintis itu, kau dendangkan lagu semalam

tapi terpalit bunyinya pada rumah yang tak berdinding batu.

Dan aku disini melanggar janji-janji

Ibarat bersedia membunuh diri.