Tuesday, February 14, 2012

Di Luar Padang


Masa adalah ruang diantara kata-kata
yang dihamburkan pada makna
walau kau tak faham apa maksudnya

Tapi aku bercakap juga, kadang-kadang
Walau banyaknya aku hanya berdiam

Mungkin kerana aku penat
dan tak tahu menyusun ayat

Selalunya aku hanya mengangguk, dalam memberi makna
Atau menggeleng bila tak suka

tapi ada juga masa-masanya aku bertutur untuk membuat kau ketawa
Dan menyampaikan berita kecewa

sebagai contohnya, "Hari ini cuaca baik. Petang tak hujan" Kataku.
dan kau akan tersenyum mengiyakannya
Bahasa itu mudah faham kalau kau diluar padang.

Thursday, January 19, 2012

Hamzah Fansuri

Hamzah Fansuri di dalam Mekkah

Mencari Tuhan di Bayt al-Ka`bah

Di Barus ke Quds terlalu payah

Akhirnya dijumpa di dalam rumah





Hamzah `uzlat di dalam tubuh

Romanya habis sekalian luruh

Zahir dan batin menjadi suluh

Olehnya itu tiada bermusuh

Sunday, August 21, 2011

Tuhanku ampuni aku

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)..

Monday, May 30, 2011

Ruang Kemasyukaran


Diantara ruang-ruang kemasyukaran
kita mempersoalkan kemungkaran manusia-manusia semalam
Mereka berbaris disepanjang jalan kegelapan

Mulutnya mendoongak kelangit
Dan tangannya membuka zip panjang

Mereka rindu pada masa keadilan
Tapi mereka berbohong pada diri sendiri

Mereka rindu pada dinding hitam
Tapi tingkap mereka biarkan tertutup sepanjang musim menuai

Kami teguk air sepuasnya
Dan bermimpi untuk malam yang lebih panjang

Disana sini ada bau padi
Disatu sudut ad pak tani berteduh dibawah pokok mangga
Satu tangannya menghalau burung jahat
Satu lagi memegang pinggang reput
suatu hari tanah akan merekah dan kita akan makan kimia

Seribu kata yang kita tutur
Tak satu ayat pun membawa kita ke syurga

Thursday, March 10, 2011

Kambing Hitam


KAMBING HITAM


Mereka kata mereka memerlukan seekor kambing hitam
sebagai korban
Untuk dipersalahkan
pada kerja-kerja yang kau tinggalkan
Menjadi mangsa
Buaya rakus
Manusia dayus yang tak mahu mati-mati

Aku ada disini, kataku
Kejarlah aku kalau kau mampu berlari
Tapai itu hanya filosofi
Omong-omong kosong
dan bukannya realiti

yang sebetulnya kalau kau mengerti aku memerlukan gaji itu
Gaji yang sekangkang kera itu
Untuk hidup
Cuma untuk terus hidup
manusia hipokrit yang mencari sesuap nasi

Kalaulah aku dapat terus berdiri
Akulah kambing hitam yang kau cari
sembelihlah aku
Aku tak lari.


2002

Thursday, November 25, 2010

Christina Rossetti's

Who has seen the wind?
Neither I nor you,
But when the leaves hang trembling,
The wind is passing thro'

Who has seen the wind?
Neither you nor I;
But when the tress bow down their heads,
The wind is passing by

Sunday, November 21, 2010

Dibawah Pokok

Aku duduk dibawah pokok.
masa terhenti.
Tapi pokok masih begoyang ditiup angin.