Monday, May 18, 2009

Inikah Dia Tangan Aku?


Inikah dia,
Tangan aku?
Tangan aku milik aku
Aku boleh gerakkannya kalau aku mahu
Lihat ibu, tangan kita sama
Bercakap ia nanti ibu
Kalau sekarang aku membisu


Tanganku
Aku boleh gerakkannya kalau aku mahu
Berlari bila kusuruh dia pergi
Diam, bila aku mati nanti
Dosa dan pahala
Tanganku pernah memberi dan pernah menerima
Merasa, nasi panas yang kusuap kemulut
masuk kedalam perut
Jadi darah daging
Dosa dan pahala sama berganding

Cantikah ia?
Tanganku milik aku
Kedutnya kedut seribu
Kedutnya sekedut kulut aku
Aku tak boleh lari lagi
Semua kenal siapa aku
Pada dosa yang aku tak pasti dosa apa
Bercakap ia nanti kalau sekarang aku terus membisu

Tanganku, tulang
Putih warnanya didalam gelap tanah
Bercakap ia sekarang kalau selama ini aku hanya membisu
Pada dosa yang kini aku pasti adalah dosa-dosa aku
Berkatalah wahai tanganku
And speak nothing but the truth.

Mac 2004
Shah Alam

No comments: