Kita perlu tanam sombong kita
Disatu tanah tak bertanda
Supaya bila kita mahu berlagak semula nanti
Kita tak akan ketemu daging yang busuk
Manusia berpesan-pesan
Dan berselisih ditengah jalan
Mata memandang tapi tak menyapa
Katanya kubur kita berbeza
Walau tengah bersalam
Mata tidak berpandangan
Pada satu jalan yang lurus
Atau disetiap lorong yang berbelok
Kita pasti, disini kita akan bertemu lagi
Berselisih bahu kebahu
Dan memadang masing-masing
Dengan penuh was-was dan curiga
Bertanya, pandanganku ini mahu dilemparkan kemana?
2005, Shah Alam
4 comments:
wow saat, dont know that you write poem, susah ni nak framekan your work, multi-media work, should try
Tulis di masa lapang je Dr. :D .akan cuba diusahakan.
nampak dulu ko penuh emosi.. hehe
ty Ajin..means now im a bit cool? hehe
Post a Comment