Wednesday, June 3, 2009

Penulis dan Rokok


Salahkah aku mentafsir
Kerana semua seniman yang kukagumi
Ada rokok menyala disisi jari
Dalam setiap foto yang diambil
Ah, tak usah kau menyebut nama
Kau pun tahu siapa dia
Maka dengan itu aku pun turut merasa
Dengan merokok seperti jalang

Lihat Camus, Lihat Auden
Dan TS Elliot pun ketagih juga
Pada puntung yang apinya membara
Betulkah tafsiran aku ini
Bila lelaki dambakan idea
Tangannya mahu bepaut pada cahaya?

Atau silap aku yang mentafsir
Ilham itu datang dari Ilahi
Dan bukannya pada rokok yang berapi

Atau perlu ku membaca sahaja sajak mereka
Tanpa melihat gambar penulisnya.


Shah Alam, Pertengahan 2005

4 comments:

Aloy Paradoks said...

gua setuju,,, sangat,,,, nyala rokok je tangan laju menari.... tapi sejauh mana kebenaran,,, gua tak tau..

saat omar said...

tu pasal aku dah lama tak dapat menulis kot... sebab dah lama tak merokok...wallahualam

broken_nigina said...

merokok membahayakan kesihatan.
pesanan khidmat masyarakat.

Chu Ah Mie said...

nice...