Thursday, November 19, 2009

BLUES HUJAN PETANG


Katamu;sediakan payung sebelum hujan

Kataku;macamana aku nak pakai payung? Aku balik kerja naik motorsikal.

Thursday, August 13, 2009

Pokok



Aku sabar menunggu pokok itu meliuk lentuk
Tapi kau kata bayangnya hanya akan datang pada waktu malam

Ditepi tingkap aku terus menuggu
masa hanya ilusi tapi ianya pasti akan tiba

Pokok masih tak begoyang
bayang masih tak menjejak tanah

Aku masuk kebilik tidur sebelum tiba sempat melihat mereka menari dalam gelap
Dan dalam mimpi akupun, cuma gelap tak bersegi.

kerana takut esok kiamat, aku bangun dari mimpi
Tapi hari telah pun dah siang.
dan bayang-bayang pokok sudah pun menyorok dibalik-balik jalan tar ditepi parking

Wednesday, July 1, 2009

MINUM


Minum adalah pilihan utamaku
Bila dahaga
Tiada jalan lain lagi
Air, menitis dan aku dambakan arusmu
Banjirkanlah tekakku ini
Dan mengalirlah sederas-derasnya, laju
Bagai empangan pecah
Bagai hujan yang mencurah-curah

Aku kering kontang
Di panas matahari
Hausku ibarat musafir
Hausku pada tekak
tetapi lidahku yang merasa

Air pada tekakku

Lorong alurnya yang telah terbina
Sejak aku diperut ibu
Bernafas aku dengannya
Hiburkanlah hatiku
Terjunlah sesuka hatimu
Berenanglah sedalam-dalamnya
Biar melepasi kedada lega
Rapatlah kedadaku
Lepasilah mulut , lidah dan tekakku
Singgahlah
Wahai air yang tak bernyawa
Terjunlah, Dalamilah sedalam-dalamnya
dengan nama Allah yang maha pemurah
Air putih jernih warnanya
Silakanlah kebibirku
Biar aku teguk sampai puas

Shah Alam 2004



Monday, June 15, 2009

DELLANI (komplikasi jiwa bujang)




Dellani, dinding bilik aku putih warnanya
Diwaktu malam ada bayang kipas disisi
Aku dah penat tidur berbaring
Aku teringin tidur berdiri
Walau mataku pejam, biar aku terhoyong hayang
Seperti pokok ditepi pantai
yang ditiup angin laut


Dellani, bilik ini kecil sekali
Tapi garang lampu kalimantannya
cahayanya terang benderang
Bila aku terlalu penat
Aku tertidur tanpa sempat menutupnya
Tanganku pendek sekali untuk menjangkau
Suis ditepi dinding


Dellani, sedap sungguh bunyi kipas itu
kudengar parau betul suaranya
Kalau aku melompat tinggi
Tentu kucecah permukaannya
Selama ini aku hanya melihat dia berpusing
Dengan aku hanya terlentang terbaring
Dan mata yang terjegil

Dellani, tingkap aku cuma satu
Tiada pokok yang menjuih dahannya
Tiada kereta yang melintas dibawahnya
Bila kutidur kubuka semua ruangnya
4 tahun lamanya aku disini
Tidak pernah bulan mengambang
Cuma yang ada tempias air hujan


Dellani, katil ku kecil sekali
besarnya muat-muat satu badan
Aku tak dapat berguling jauh-jauh Dellani
Tidurku lurus seperti batu
Kurapatkan katilku kedinding
Supaya senang aku berpaling
Dan melihat langit yang kosong


Dellani, bajuku bersepah didepan mata
Letaknya tak sekata
kan kubasuh semuanya pada hujung minggu
Ditepi kucerek, cawan dan gula
Dindingku tak berposter
Sejuk, bila ku rapatkan pipi
Dihadapanku kujuga penuh dengan buku-buku
Yang tak sempat aku baca

Dellani, apa lagi?
Bilik ini takkan membesar kalau aku terus disini
Dan peliknya dalam ratap hiba ini
Aku boleh teringkatkan Sungai Mekong

Shah Alam/2004


Wednesday, June 3, 2009

Penulis dan Rokok


Salahkah aku mentafsir
Kerana semua seniman yang kukagumi
Ada rokok menyala disisi jari
Dalam setiap foto yang diambil
Ah, tak usah kau menyebut nama
Kau pun tahu siapa dia
Maka dengan itu aku pun turut merasa
Dengan merokok seperti jalang

Lihat Camus, Lihat Auden
Dan TS Elliot pun ketagih juga
Pada puntung yang apinya membara
Betulkah tafsiran aku ini
Bila lelaki dambakan idea
Tangannya mahu bepaut pada cahaya?

Atau silap aku yang mentafsir
Ilham itu datang dari Ilahi
Dan bukannya pada rokok yang berapi

Atau perlu ku membaca sahaja sajak mereka
Tanpa melihat gambar penulisnya.


Shah Alam, Pertengahan 2005

Wednesday, May 20, 2009

Kita Perlu Tanam Sombong Kita


Kita perlu tanam sombong kita
Disatu tanah tak bertanda
Supaya bila kita mahu berlagak semula nanti
Kita tak akan ketemu daging yang busuk

Manusia berpesan-pesan
Dan berselisih ditengah jalan
Mata memandang tapi tak menyapa
Katanya kubur kita berbeza
Walau tengah bersalam
Mata tidak berpandangan

Pada satu jalan yang lurus
Atau disetiap lorong yang berbelok
Kita pasti, disini kita akan bertemu lagi
Berselisih bahu kebahu
Dan memadang masing-masing
Dengan penuh was-was dan curiga
Bertanya, pandanganku ini mahu dilemparkan kemana?

2005, Shah Alam

Monday, May 18, 2009

Inikah Dia Tangan Aku?


Inikah dia,
Tangan aku?
Tangan aku milik aku
Aku boleh gerakkannya kalau aku mahu
Lihat ibu, tangan kita sama
Bercakap ia nanti ibu
Kalau sekarang aku membisu


Tanganku
Aku boleh gerakkannya kalau aku mahu
Berlari bila kusuruh dia pergi
Diam, bila aku mati nanti
Dosa dan pahala
Tanganku pernah memberi dan pernah menerima
Merasa, nasi panas yang kusuap kemulut
masuk kedalam perut
Jadi darah daging
Dosa dan pahala sama berganding

Cantikah ia?
Tanganku milik aku
Kedutnya kedut seribu
Kedutnya sekedut kulut aku
Aku tak boleh lari lagi
Semua kenal siapa aku
Pada dosa yang aku tak pasti dosa apa
Bercakap ia nanti kalau sekarang aku terus membisu

Tanganku, tulang
Putih warnanya didalam gelap tanah
Bercakap ia sekarang kalau selama ini aku hanya membisu
Pada dosa yang kini aku pasti adalah dosa-dosa aku
Berkatalah wahai tanganku
And speak nothing but the truth.

Mac 2004
Shah Alam